Merdeka kan Jiwa mu! Jom Tengok Buku!
Cart 0
42543835_1994613580600271_1456126632128413696_n.jpg

Belitan Tipu Daya Iblis: Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi

RM 30.00

Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.

 

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".

 

Format buku ini adalah buku santai tetapi berfakta, ia tidak tergolong di dalam kategori buku ilmiah mahupun separa ilmiah. Tiada nota kaki disediakan kerana kebanyakannya adalah dipetik daripada syarah dan tahqiq Dr. Zaharuddin sewaktu berceramah. Pun begitu, setiap hadith akan diberikan rujukannya.

 

Buku ini juga tidak menghuraikan keseluruhan kitab Talbis Iblis, tetapi sebagaimana disebut di kulit buku ini, hanya syarah terpilih daripada kitab sahaja yang dimuatkan. Sekali lagi, dengan hasrat memilih tajuk-tajuk yang kontemporari dan dengan begitu mudah difahami oleh pembaca