Terbitan Terbaru: Kompilasi Kisah Geng Masjid Ar Rahman

Terbitan Terbaru: Kompilasi Kisah Geng Masjid Ar Rahman

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan sesi perbincangan dan editing, berjaya terbitkan buku ini yang mengumpulkan tulisan-tulisan para pemuda geng masjid Ar Rahman.

Hebat buku ini, kerana ianya mempunya nilai kisah yang tinggi iaiatu kisah para remaja yang ditakdirkan Allah berubah, ditakdirkan Allah mencintai masjid dan mereka sendiri menulis kenangan hijrah diri mereka dalam buku ini.

Masjid ialah institusi penting dalam menopang perubahan ummat kepada yang lebih baik. Ia bukan sekadar bangunan cantik yang dibina untuk ibadah solat semata-mata. Masjid ialah lokasi, tempat dimana jiwa-jiwa mendapat hikmah dan kemanisan menjadi seorang muslim.

Ustaz Dr. Talhah Ajmain, keluarga beliau dan para AJK Masjid adalah watak penting yang patutnya dipuji kerana mampu menghidupkan masjid yang kini kian tenggelam fungsi sebenarnya. Jika kita nak tahu apa yang telah berlaku kepada para pemuda remaja (yang dulu mereka masing-masing [unyai kisah gelap), dapatkan buku ini. Fresh!